Monday, May 4, 2009

etika ber"SMS"..menarik gk..

SMS, gabungan antara keselesaan telefon bimbit dan kerahsiaan email menjadikannya cara yg terbaik untuk berhubung dengan orang tersayang. Dengan kepesatan penggunaan SMS di Malaysia (dan juga dunia) sudah tentunya terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan maksud dan niat anda difahami penerima. Banyak perhubungan yang berjaya dijalinkan melalui SMS, dan banyak juga yang terputus akibat salah guna olehnya. Oleh itu, tips-tips yang disenaraikan dibawah diharap akan membantu anda bersama pasangan memelihara perhubungan yang sudah atau akan terjalin.

SMS bagi keadaan/upacara/majlis penting
SMS adalah cara terbaik untuk memberitahu pasangan yang anda sentiasa dihatinya, terutama sekali apabila ianya adalah komunikasi sehala. Komunikasi sehala disini bermaksud, tiada jawapan kembali (reply) yang diperlukan. Penulis The Sexual Revolution 2.0, mengatakan “Suatu SMS berbaloi untuk dihantar pada pagi selepas perjumpaan (date) yang berjaya“. SMS yang berbunyi “Seronok dapat makan malam dengan awak semalam” atau “Saya asik teringat pada awak” lebih selesa dan tidak mengganggu berbanding panggilan telefon, tetapi amat menyentuh hati. Keadaan lain yang memerlukan anda berSMS adalah ketika terdapatnya mesyuarat atau majlis yang mendatang seperti “Moga berjaya dalam mesyuarat dengan pengarah sebentar lagi”.

Jangan SMS apabila panggilan telefon lebih baik
Walaupun dengan menaipnya boleh menyebabkan ketagihan, komunikasi secara SMS berpanjangan untuk menggantikan panggilan telefon adalah suatu amalan yang kurang bijak. SMS amat efektif untuk pertukaran maklumat yang ringkas seperti “Jumpa saya dibawah pada waktu rehat nanti ya”. Seorang kawan memberitahu “Ada seorang kenalan perempuan yang menghantar SMS pada setiap masa. Tetapi apabila sedang bekerja dalam keadaan yang tertekan, mendengarkanya mengatakan ‘Hai’ membuatkan dunia ini lebih indah, berbanding SMS”. Panggilan telefon juga lebih baik jika sedang merancang dan memerlukan keputusan yang cepat.

Hati-hati dengan perkataan yang berbaur lucah
Seringkali lelaki ingin menimbulkan keadaan yang romantik / menyentuh hati pasangan (kerana wanita sukakannya), tetapi jika anda benar-benar inginkannya, lakukan dengan penuh hati-hati. Perhubungan yang baru sahaja mula berputik, akan memberi alamat yang tidak elok pada pasangan sekiranya perkataan yang berbaur lucah dapat dikesan. Ramai orang yang secara fizikalnya nampak liar dan terbuka perilakunya tetapi tidak selesa jika membaca perkataan-perkataan yang berbaur lucah.

Jangan SMS pada masa yang tidak sesuai
Jika anda fikir, panggilan telefon yang dibuat pada lewat malam adalah biadap, begitu juga dengan SMS (yang memerlukan komunikasi dua hala). Sentiasa sensitif dengan keadaan pasangan. Sebagai contoh jangan SMS sebelum pukul 8.30 pagi kerana mungkin pasangan anda tiba ditempat kerja pada 8.00 pagi dan sedang kesibukkan untuk mengatur kerjanya pada hari tersebut. Dan jangan SMS pada sebelum 5.30 petang kerana mungkin pasangan anda habis bertugas pada 5.00 petang dan sedang kelam-kabut menyiapkan tugasannya. Walaubagaimanapun, terdapat juga sesetengah orang yang tidak kisah pada pukul berapa menerima SMS kerana itu tidak menjadi masalah kepadanya.

Jika tidak sanggup berdepan,
SMS bukan suatu opsyenSikap jujur sangat diperlukan dalam sebuat perhubungan. Walaubagaimanapun, menzahirkan kejujuran melalui SMS mempunyai risikonya tersendiri. Terutama sekali apabila anda cuba mengelak untuk memberitahunya secara bersemuka. Seorang responden berkata, “Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Kami sering keluar bersama dan pada satu hari dia memberitahu melalui SMS, dia sebenarnya mempunyai seorang adik yang kurang upaya. Saya tak kisah tentang adiknya, tetapi saya agak terkilan kerana dia mengatakannya secara SMS. Selepas kejadian itu, saya tertanya-tanya apa lagi kisah hidupnya yang cuba disembunyikan.”. Simpan SMS anda untuk perkara-perkara yang indah atau untuk ‘melapor diri’ sahaja.

No comments:

Post a Comment