Tuesday, June 2, 2009

day 23: boring

Demi cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja. Manusia sanggup memperhambakan dirinya demi cinta. Malah ada yang sanggup bergadai nyawa, maruah dan harga diri. Kerana cinta juga wujudnya dongengan kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet. Disebabkan cinta juga terbinanya Taj Mahal. Begitu juga dengan aku. Walaupun kisah cinta aku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun tetapi aku rasa aku sudah melakukan yang terbaik demi untuk mempertahankan cinta aku ini.Demi cinta aku telah siapkan satu daerah yang paling sunyi dalam hati aku ini untuk orang yang amat aku sayang.

1 comment:

  1. Janganlah sampai memperhambakan diri demi cinta yang tak kesampaian.Mungkin itu bukan cinta yang sebenar yang bakal dipertahankan sehingga akhir nyawa walaupun ia adalh cinta pertama.Masa membenarkan manusia mencipta cerita cinta.Lagipun mungkin itu takdir, takdir yang telah pun ditentukan.Seperti kata awak sebelum ini, awak setuju mungkin hatinya bukan milik awak...ini sekadar kata semangt...as a frenz

    ReplyDelete